Kami menawarkan kerjasama kepada mana-mana pihak yang berkredibiliti untuk menganjurkan Kursus Adobe Photoshop (Reka Bentuk Grafik).

 

Kelebihan Kursus Yang Ditawarkan

1. Kursus kami secara umum akan membolehkan peserta yang ZERO mampu menguasai kemahiran utama dan menjadi PRO dalam masa singkat melalui 10 MODUL KHAS yang kami susun berdasarkan pengalaman dan bukan semata-mata teori.
2. Kursus ini  tidak terikat dengan silibus yang terlalu complicated dan hanya menekankan prinsip utama sehingga peserta akan mudah menguasainya untuk menghasilkan output ala pro.
3. Kami juga memberikan secara percuma bahan-bahan premium (berbayar) yang berkaitan dengan kursus.
4. Komitmen dan sokongan kami kepada peserta adalah berterusan melalui group khas secara online di Telegram.
5. Modul kursus kami ini direka khas sebagai shortcut kepada peserta untuk mahir dalam kursus yang disertai.

Penyampai Kursus

Penyampai kursus ialah Encik Mohd. Jasni bin Ahmad Shukri. Beliau adalah perunding IT khusus dalam bidang pembangunan website, reka bentuk dan grafik serta suntingan video.

Beliau telah berpengalaman dalam semua bidang utama di atas lebih 20 tahun iaitu sejak tahun 2008 dan pernah bekerjasama dengan pelbagai agensi, organisasi, pertubuhan dan syarikat seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Ketua Menteri Sabah, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Institut Usahawan Muda Malaysia (IUMM), Skyline Pro atau dulu Sky-Laser Enterprise (Produksi muzik popular Sabah), Sabah Football Association (SAFA), KKFM – Radio Kampus UMS dan banyak lagi di Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Beliau telah membangunkan lebih 200 website dan blog pelbagai jenis seperti website informasi, pelancongan, jualan online, perseorangan, pendidikan, sukan dan sebagainya.

Beliau juga adalah pereka bentuk grafik khas di beberapa organisasi selain menyediakan servis sambilan membuat grafik dari banner, banting, backdrop hingga billboard.

Dalam bidang suntingan video, beliau pernah menyunting beberapa VCD Telemovie dan video klip lagu tempartan Sabah selain aktif menghasilkan filem-filem pendek dan video cover lagu untuk publisiti di media sosial.

Beliau adalah pengasas komuniti 1SABAH yang dahulunya adalah forum tetapi disebabkan oleh peralihan teknologi internet, komuniti itu kini sebagai fanpage facebook yang mempunyai lebih 570 ribu LIKE dan lebih 620 ribu FOLLOW.

Beliau juga adalah pengasas Fantasi Media dan komuniti radio online Sabah yang pertama iaitu Utara FM.

Kemahiran beliau diperakui oleh Institut Usahawan Muda Malaysia (IUMM) di bawah kawalan kualiti oleh Jabatan Kemahiran Malaysia.